JS99: Coco TemPu Ilmu

MUHAMMAD AKHIL BIN MOHD ZULHELME SK KAMPAR

VIC24 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 14 Views | 56 times | LS: 56.0
Like it? | Support them now!

Pokok kelapa atau pokok nyiur adalah sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh.Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan hanya memerlukan sedikit ruang menjadikan salah satu faktor mengapa masyarakat kampung atau luar bandar menjadikannya sebagai sumber makanan dan minuman sampingan mereka.Ia turut dikenali sebagai pokok seribu guna.Terdapat pelbagai kegunaan pokok kelapa. Salah satu daripadanya ialah tempurung kelapa yang boleh dijadikan hasil kraftangan yang unik seperti cenderamata, rantai kunci dan barang hiasan.Berdasarkan inspirasi dari peribahasa Melayu ‘bagai katak dibawah tempurung’ projek Coco Tempu Ilmu telah dihasilkan. Coco bermakna coconut, Tem- tempurung , Pu – lampu dan Ilmu ialah rahsia lampu dibawah tempurung. Ianya telah dihasilkan oleh 5 orang murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 3 orang guru dari SK Kampar. Ia adalah inovasi permainan didik hibur dari bahan kitar semula yang boleh diaplikasikan dalam PdP murid. Didik Hibur merupakan satu penerapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi secara sistematik dan terancang.KPM (2010). Penggunaan tempurung juga memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula serta dapat menonjolkan kemahiran merekabentuk khususnya murid-murid Berkeperluan Khas ini secara kreatif dan inovatif dalam penghasilkan projek. Produk inovasi ini boleh digunakan sebagai lampu hiasan dan juga boleh dijadikan sebagai alat permainan meneka yang boleh digunakan dalam sesi pembelajaran dikelas. Ia juga boleh dikomersialkan dengan lebih meluas sebagai salah satu projek yang boleh memberikan dana kepada sekolah bagi meningkatkan lagi kemenjadian murid. Secara tidak langsung,pertandingan ini telah memberikan impak yang positif kepada murid dalam mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran melalui proses yang sistematik bagi menyelesaikan masalah dalam menghasilkan suatu produk inovasi secara kolaborasi.