JS83: SMART 3R

MUHAMMAD NAUFAL RIFQI BIN MOHD ZAMRI SK BENDAHARA SERI MAHARAJA, MELAKA

VIC24 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 44 Views | 131 times | LS: 131.0
Like it? | Support them now!

Penambahan bilangan murid di sekolah menyumbang kepada peningkatan jumlah bahan terbuang di sekolah dan pengasingan tidak dibuat dengan teratur. Sebelum ini murid membuang bahan terbuang dalam satu tong sampah yang sama. Ini merugikan kerana sampah telah bercampur dan kurang usaha untuk mengasingkan bahan terbuang tersebut. Setelah ada kesedaran tentang perlunya pengasingan bahan terbuang di lakukan di kantin kerana di situ ramai murid akan membuang sampah. Pengasingan di jalankan dengan menggunakan beberapa tong sampah yang diletakkan di kantin tetapi susunan tong sampah tidak begitu teratur, kurang kemas dan mengambil ruang yang banyak. ini mengakibatkan ruang menjadi sedikit sempit untuk laluan. Pengurusan nya tidak begitu efisien kerana terpaksa mengangkat tong sampah tersebut sekiranya ada peralihan tempat. Lambakan botol mineral di tapak pengumpulan bahan kitar semula di sekolah memberikan idea untuk inovasi Smart 3R untuk menyelesaikan masalah ruang, mudah dialihkan, pengurusan yang lebih mudah dan teratur serta boleh dimanfaatkan oleh warga sekolah.