YS81: FLOAT PARK

MARDIANA IZZATI BINTI ISKANDAR MRSM BESERI

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0150 | 2 Likes | 133 Views | 109 times | LS: 111.0
Like it? | Support them now!

Float-Park atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Parkir Terapung merupakan sebuah idea inovasi yang mudah dibuat dan murah hasil buatannya. Inovasi Float-Park ini boleh menyelesaikan masalah kawasan banjir yang sering mengalami kerosakan atau kehilangan kenderaan semasa musim banjir dan inovasi Float-Park ini boleh membantu mangsa banjir untuk menyelamatkan kenderaan mereka daripada ditenggelami air atau dihanyutkan banjir. Parkir terapung ini memainkan peranannya dengan kehadiran air banjir. Hal ini demikian kerana tong yang diskrukan pada tapak parkir mempunyai ketumpatan yang rendah dan akan mengapungkan tapak parkir mengikut paras air banjir. Bagi memastikan parkir tersebut tidak hanyut dibawa arus, tapak tersebut perlulah diikatkan menggunakan kabel pengikat ke platform parkir dari tiang. Diinspirasikan daripada sistem rakit, Float-Park ini akan terapung dan mengelakkan kenderaan daripada ditenggelami banjir. Selain itu, Float-Park ini dwifungsi di mana parkir ini dapat digunakan pada hari-hari biasa dan semasa hari banjir. Bukan sahaja dwi-fungsi, malah parkir ini juga dapat menjimatkan ruang tanpa perlu membina tempat parkir baharu. Parkir ini juga masih mengekalkan komponen yang ada parkir biasa iaitu bumbung untuk kegunaan harian dan melindungi kenderaan.