YS77: VOLCAN-X

NUR FARZANA BINTI FOZI SMK BELIMBING

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0847 | 5 Likes | 59 Views | 139 times | LS: 144.4
Like it? | Support them now!

"Volcan-X' terdiri daripada 2 patah perkataan iaitu 'volcano' dan 'X'. Perkataan 'volcano' bermaksud gunung berapi dan 'X' adalah lapisan lutsinar yang berperanan seperti sinaran x-ray. Inovasi "Volcan-X' dicipta berdasarkan Dokumen Sukatan Pelajaran KSSM Geografi tingkatan 4 yang berkaitan dengan struktur gunung berapi di bawah tajuk Pergerakan Plat Tektonik. Inovasi "Volcan-X' direka cipta untuk memudahkan murid tingkatan 4 mengenal pasti dengan mudah proses pembentukan gunung berapi, bentuk muka bumi, lapisan jalar luar dan jalar dalam di kawasan gunung berapi. Inovasi ini juga membantu murid untuk melihat keratan rentas sebenar gunung berapi. Pembelajaran melalui buku teks (1-D) semata-mata tidak dapat meningkatkan kefahaman murid tingkatan 4. Oleh itu inovasi "Volcan-X' dicipta oleh murid tingkatan 4 berdasarkan pemahaman dan pemerhatian mereka melalui letusan gunung berapi di 'youtube' untuk diadaptasikan dalam pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Inovasi "Volcan-X' telah dapat meningkatkan kefahaman murid tingkatan 4 sejajar dengan gaya pembelajaran mereka. Inovasi "Volcan-X' terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu (1) bahagian asas yang terdiri daripada profil rentas gunung berapi yang ideal dan konkrit. Manakala bahagian (2) pula terdiri daripada 3 lapisan 'X' iaitu lapisan plastik 'cover' A mengenai bentuk muka bumi di lapisan jalar luar (kaldera, kon gunung berapi, dataran lava, mata air panas dan geiser). Lapisan plastik 'cover' B pula terdiri daripada bentuk muka bumi lapisan jalar dalam iaitu Sil, Daik, Lakolit, Pakolit, Batolit dan Lapolit. Manakala lapisan 'cover' C adalah akronim untk mengingat bentuk muka bumi di palstik 'cover' B tadi.