YS710: SET CENDAWAN TEKUKUR (SCT) SEKOLAH LESTARI

MUHAMMAD ADAM DANIAL BIN NASIHIN SEKOLAH MENENGAH LUGHATIL ARABIAH TANGKAK

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 19 Views | 65 times | LS: 65.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi ini diberi nama Set Cendawan Tekukur (SCT) Sekolah Lestari . Tema yang dipilih untuk produk inovasi kami ini adalah SDG 12 : “Responsible Consumption and Production”. Inovasi ini menggunakan borang soal selidik dalam menilai potensi, idea dan persepsi awam terhadap produk kami. Sebanyak 20 orang responden kajian dipilh melibatkan guru, pelajar dan masyarakat luar untuk mengenalpasti kebaikan, keberkesanan inovasi. 88% responden bersetuju bahawa inovasi Set Cendawan Tekukur (SCT) sekolah lestari ini, merupakan inovasi yang hebat dan mampu dikembangkan serta mempunyai potensi yang besar dalam pasaran industri cendawan. SCT ini juga merupakan inovasi baru dalam mengabungkan sisa terbuang di sekolah kami dalam bentuk bongkah cendawan. Bongkah cendawan konvensional di pasaran menggunakan sisa kayu getah, sekam padi, kapur dan air. Bahan yang kami gunakan adalah sisa papan dari makmal RBT, rumput kering di kawasan padang sekolah, kapur dan air. Dapatan pemerhatian kami terhadap bongkah yang dihasilkan, menunjukkan set bongkah inovasi kami, mempunyai keboleh upayaan untuk menyerap lebih banyak air (humadity) berbanding bongkah cendawan di pasaran. Ini adalah disebabkan oleh faktor gentian selulosa yang tinggi serta keupayaan menyerap air dalam rumput yang kami perolehi di kawasan padang sekolah sebagai bahan utama dalam inovasi ini. Faktor ini menjadikan hasil tuaian bongkah SCT meningkat secara significant pada kadar 20%-40% berbanding bongkah yang ada dalam pasaran.