PR68: PEN PUNCHER

WAN NORFARIHA BINTI WAN NOOR AZMI KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

VIC23 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 71 Views | 70 times | LS: 70.0
Like it? | Support them now!

Kertas jawapan OMR sering digunakan dalam peperiksaan di sekolah. Guru-guru perlu menanda kertas jawapan OMR tersebut secara manual dengan cara menebuk lubang pada kertas menggunakan pisau atau penebuk lubang yang sedia ada. Hal ini menyebabkan guru mengalami kesulitan dari segi keselamatan penggunaan pisau yang tajam, kertas mudah koyak dan mengambil masa yang lama bagi menyediakan kertas yang telah lengkap ditebuk. Objektif penghasilan produk inovasi ini dapat membantu guru menyediakan kertas jawapan OMR dengan lebih selamat, tidak merosakkan kertas dan proses menebuk lubang menjadi lebih cepat. Kami telah mencipta satu alat yang diberi nama ‘pen puncher’ bagi menyelesaikan masalah ini. Pen Puncher dihasilkan daripada stainless steel dan terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu badan dan mata penebuk. Ia dihasilkan sepenuhnya menggunakan mesin larik konvensional. Idea tercetus daripada penebuk lubang yang sedia ada dipasaran. Pen Puncher ini juga mesra pengguna, ergonomik dan mudah dibawa kemana sahaja.