YS567: PROJEK INOVASI - JACKFRUIT SEED NOODLE

WAN MUHAMMAD DANISH BIN WAN ALIAS SMK SULTAN MANSOR

VIC24 | Young Scientist

CR: nan | Likes | Views | 116 times | LS: 116.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi Jackfruitseed Noodle yang dapat memberikan manfaat dalam PdPC pelajar PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Jackfruitseed Noodle merupakan satu produk hidangan utama yang diinovasikan daripada mee yang terdapat di pasaran. Jackfruitseed Noodle menggunakan biji nangka sebagai bahan utama dan sesuai dijadikan sebagai Hidangan Utama yang merupakan tajuk diajar dalam CU02 Cooking Technique terdapat dalam NOSS HT-012-2:2012 Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang golongan (guru dan murid) di sekitar SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu. Terengganu. Pengkaji menggunakan soalselidik secara maya (Google Form) dan pengagihan sampel sebagai instrument kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratusan setuju berada pada tahap tinggi dalam menjawab persoalan tentang tahap pengetahuan guru dan murid berkaitan dengan produk biji nangka (89%), tahap penerimaan golongan terhadap Jackfruitseed Noodle yang bertekstur lembut dan rasa sedap (90%) serta potensi Jackfruitseed Noodle dipasarkan (82%). Secara keseluruhan golongan (Guru dan murid) dapat menerima Jackfruitseed Noodle yang merupakan mee yang bertekstur lembut dan mempunyai rasa sedap