YS53: BIONATURAL BROMELAIN SOAP WITH BLACK SEED

NURUL SYASYA LAIYINAH BINTI SHARIZUL FARDLI SAMT SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0118 | 1 Likes | 85 Views | 113 times | LS: 114.0
Like it? | Support them now!

Minyak masak terpakai mencipta krisis di kawasan bandar. Kebanyakkan rumah dan bangunan lain membuang minyak masak terpakai ke dalam sinki yang akan menyebabkannya tersumbat serta menyebabkan pencemaran air. Minyak yang mengalir di dalam sungai akan menutupi permukaan sungai dan mengelakkan oksigen untuk melarut ke dalam air. Ini menyebabkan kemusnahan hidupan akuatik. Selain itu, bahan karsinogen yang terdapat dalam minyak masak terpakai akan diserap oleh hidupan akuatik dan kemudiannya akan kembali semula ke manusia melalui rantaian makanan. Analisis kajian ini menunjukkan tahap kesedaran terhadap minyak masak terpakai kurang sehingga mereka tidak tahu bahawa minyak masak terpakai juga boleh dikitar semula seperti tin, kaca dan kertas. Hal ini demikian kerana maklumat tentang kitar semula minyak terpakai tidak meluas seperti bahan lain. Maka inovasi yang dihasilkan merupakan sabun berasaskan minyak masak terpakai dan bahan semula jadi yang sangat bermanfaat iaitu Bromelain dari kulit nanas dan jintan hitam. kami menggabungkan dua bahan tersebut untuk menghasilkan sabun yang mudah dan efisien dalam membunuh virus covid dan untuk kesihatan kulit. Kelebihan Bromelain ialah mencegah pembekakan dan radang, anti jerawat dan menguraikan sebum berlebihan pada kulit. Jintan Hitam juga mempunyai banyak kelebihan seperti merawat kulit-kulit, memberikan kesegaran dan bertindak sebagai anti-kanser. Hasil kaji selidik menunjukkan juga penerimaan masyarakat terhadap Bio Natural soap dan mendapat keputusan yang positif. Sabun semula jadi yang memenuhi ciri teknologi hijau ini dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar serta menjimatkan kos kerana menggunakan bahan buangan dan bahan sedia ada.