YS529: PURIFICATION BY BANANA (PURINANA)

AKIF LUTFI BIN NOR HILMAN SMK BAGAN TERAP

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 24 Views | 109 times | LS: 109.0
Like it? | Support them now!

Projek ini dijalankan untuk menghasilkan air yang lebih bersih dan kurang tercemar. Masalah yang dikenalpasti adalah kesukaran untuk mendapatkan sumber air yang bersih untuk pelbagai kegunaan harian. Projek ini melibatkan penulenan air menggunakan pisang, atau ‘Purification by Banana’ (Purinana). Kaedah kajian yang dilakukan adalah secara kaedah eksperimen. Banyak percubaan dilakukan sepanjang eksperimen untuk menghasilkan penulenan air yang terbaik. Beberapa faktor yang mempengaruhi penulenan ini telah dikenalpasti, iaitu faktor saiz kulit pisang yang digunakan serta tempoh masa penulenan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kulit pisang yang dipotong kepada saiz kecil dapat memberi hasil penulenan yang lebih baik, iaitu air yang keruh bertukar menjadi lebih jernih dengan paling cepat. Penulenan yang dilakukan pada tempoh masa 24 jam pula dapat menghasilkan air yang lebih jernih berbanding tempoh masa yang lebih singkat. Kesimpulannya, penulenan air menggunakan kulit pisang dapat membantu menghasilkan air yang lebih bersih.