YS52: ECOSOAP USED COOKING OIL WITH COFEE AND BLACK SEED

ANIS MUNAWWARAH BINTI AHMAD RIZAL SAMT SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0111 | 1 Likes | 90 Views | 19 times | LS: 20.0
Like it? | Support them now!

Kajian kami bertujuan untuk mencipta produk menggunakan minyak masak terpakai bagi menghasilkan sabun yang mampan. Ini berketetapan dengan SDG 12 iaitu penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab. Kantin, restoran dan medan selera menyumbang kepada peningkatan kandungan lemak dan gris yang tinggi dalam air basuhan dan mengalir ke longkang. Inilah penyebab kepada sistem perparitan dan pembentungan yang tersumbat sehingga menyebabkan masalah seperti air bertakung dan banjir. Malahan, pembuangan minyak masak terpakai juga boleh menyebabkan pencemaran tanah dan air sehingga menyebabkan kematian haiwan akuatik. Maka, kami menghasilkan sabun yang terdapat manfaat kopi dan jintan hitam. Gabungan dua bahan ini dapat melindungi kulit dari sinar UV, kaya dengan anti oksidan, melembapkan kulit,mencegah jerawat dan banyak lagi sesuai dengan SDG 3 iaitu kesihatan dan kesejahteraan baik. Bukan sahaja dapat mengurangkan sisa cecair tetapi juga merupakan sumber kepada antibakteria kualiti tinggi yang berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk kebersihan.