YS499: ROKET AIR PAYUNG TERJUN BERINOVASI

MUHAMAD FAIZUL HAFIZ BIN MUHAMAD AIDIL AZHAR SMK Bagan Terap

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 42 Views | 79 times | LS: 79.0
Like it? | Support them now!

Projek ini dijalankan untuk menghasilkan satu roket air payung terjun berinovasi. Roket ini boleh digunakan untuk membawa barang kecil dari satu tempat ke tempat yang lain. Sebuah roket air akan dilancarkan ke udara dengan menggunakan prinsip tekanan udara. Roket air yang biasa selalunya hanya mempunyai satu payung terjun saja. Payung terjun ini akan membantu roket supaya tidak mendarat terlalu cepat dan terhempas ke tanah. Tujuan utama projek ini adalah untuk menghasilkan model roket air yang dapat mengeluarkan sebanyak mungkin payung terjun, supaya dapat memperlahankan jatuhan roket. Kaedah kajian yang dilakukan adalah secara kaedah eksperimen. Banyak percubaan dilakukan sepanjang eksperimen untuk cuba menghasilkan roket air yang terbaik. Dapatan kajian menunjukkan hasil yang terbaik apabila menggunakan 3 botol kecil yang ditambah pada badan roket utama, bersama payung terjun kecil bagi setiap satunya. Penambahan 3 payung terjun kecil ini dapat memudahkan payung terjun utama untuk keluar dan mengembang, di samping dapat memperlahankan jatuhan roket ke tanah.