YS439: PROJEK KREATIF EKONOMI

TAN MEI LING SMK RAJA JUMAAT

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 17 Views | 39 times | LS: 39.0
Like it? | Support them now!

Dalam zaman 5.0 ini amnya, pelajar kurang berminat dan mudah hilang tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran, dan pelajar juga menghadapi kesukaran dalam mengumpul dan memahami nota dan latihan ekonomi. Oleh yang demikian, pembelajaran projek kreatif ekonomi dalam subjek ekonomi yang berpusatkan pelajar dipraktikkan. Pelaksanaan pembelajaran projek kreatif ekonomi adalah untuk membantu pelajar-pelajar SPM dalam meningkatkan pemahaman dan pecapaian akademik mereka. Cara pelaksanaannya pelajar-pelajar mencipta kad kreatif pelbagai corak, warna dan rekabentuk yang mengandungi topik penting ekonomi dan menggunakan soalan sebenar SPM ekonomi 2018-2022 dan pindahkan dalam bentuk pelbagai menarik seperti I-think map dan slide bagi memudahkan pelajar mengingat dengan mudah. Penggunaan projek kreatif ekonomi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari, meningkatkan motivasi belajar, meningkatkan kerjasama, meningkatkan kemahiran pengurusan sumber pelajar, menyediakan pelajar pengalaman pengurusan kad projek kreatif, menyediakan pengalaman pembelajaran yang selari dengan realiti sebenar. dunia, dan menyediakan proses pengajaran yang menyeronokkan. Pelajar juga akan digalakkan untuk membina dan mengamalkan kemahiran komunikasi hasil daripada ini. Pembangunan kerja projek kreatif terdiri daripada pelbagai fasa, termasuk perancangan (kandungan dan objektif kurikulum), pelaksanaan, pembentangan, penilaian, dan penghargaan. Hasilnya, penerapan kerja projek kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan pencapaian akademik pelajar di samping menyediakan mereka untuk menghadapi kesukaran masa depan yang ditimbulkan oleh krisis sosial, ekonomi dan global.