YS414: 3 In 1 Badminton Racket

NAVIN A/L ATHIMULAM SMK RAJA JUMAAT

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 21 Views | 81 times | LS: 81.0
Like it? | Support them now!

3 in 1 Badminton Racket merupakan suatu alat inovasi adaptasi dari bingkai raket badminton yang digunakan dalam permainan badminton di pasaran. 3 in 1 Badminton Racket ini merupakan satu alat yang mampu dikitar semula dan serbaguna fungsinya. Terdapat 3 kegunaan utama alat inovasi kami iaitu boleh digunakan sebagai alatan sukan iaitu raket dalam permainan badminton, yang kedua alat untuk menghalau serangga, lalat atau nyamuk dan yang ketiga pula sebagai penutup lubang aircond atau lubang pengudaraan di diding rumah yang berbentuk sfera. Tujuan inovasi ini ialah untuk mencipta alat senaman dan alat serbaguna untuk kegunaan isirumah. Memandangkan pembelian jaring nyamuk, raket penghalau lalat dan raket permainan badminton melibatkan kos yang tinggi bagi keluarga berstatus pendapatn rendah, kami mengadaptasinya ketiga-tiga item berkenaan dalam inovasi kami iaitu 3 in 1 Badminton Racket. Penghasilan 3 in 1 Badminton Racket oleh kumpulan kami tidak melibatkan sebarang kos. Antara barang yang digunakan dalam menghasilkan produk ciptaan kami ini ialah bingkai raket badminton yang terpakai, jaring nyamuk dan pengikat kabel. Cara menghasilkannya pun mudah jaring nyamuk dipotong 4 lapisan mengikut bingkai badminton seterusnya diikat menggunakan kabel pengikat pada raket badminton, maka siaplah 3 in 1 Badminton Racket. Inovasi ini dicipta bagi memudahkan atlet sukan mahupun pelajar biasa membuat latihan permainan badminton bagi menguatkan otot dan ketahanan fizikal dalam mencipta kejayaan dalam permainan badminton. Kami terdetik untuk membuat inovasi ini bagi menampung bebanan kewangan keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Produk ini mudah untuk dipasarkan dan boleh dijual dengan harga mampu milik. Akhir sekali, kelebihan produk kami ini ialah dihasilkan dari barang kitar semula, tiada kos jika dibandingkan dengan harga pasaran RM25 hingga RM100, bersifat 3R seperti yang diprinsipkan dalam United Nation, menggalakkan minat untuk pelajar berinovasi dan belajar.