YS413: RESISTANCE BAND WITH BOARD

NAVIN A/L ATHIMULAM SMK RAJA JUMAAT

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 18 Views | 46 times | LS: 46.0
Like it? | Support them now!

Resistance Band With Board merupakan suatu alat inovasi adaptasi dari elastic band bersama papan yang digunakan dalam latihan olahraga/gym di pasaran. Resistance Band With Board ini merupakan satu kaedah latihan sukan yang menjimatkan kos, masa dan tenaga yang mana latihan membina kekuatan otot dan rintangan boleh dilakukan dirumah tanpa perlu ke gym dan mampu dimiliki oleh semua pelajar dan ahli sukan dengan mudah. Tujuan inovasi ini ialah untuk mencipta alat senaman yang tiada kos dan mudah dibuat sendiri dengan barang kitar semula. Memandangkan resistence band With Board dipasaran agak mahal, kami mengadaptasi dengan tiub getah yang flexible dan papan kayu terpakai secara percuma dengan mengguna semula sebagai langkah kitar semula. Penghasilan Resistance Band With Board oleh kumpulan kami tidak melibatkan sebarang kos. Antara barang yang digunakan dalam menghasilkan produk ciptaan kami ini hanyalah tiub getah basikal, papan kayu terpakai, paku payung, paip pvc 1 inci yang terpakai berukuran panjang 7cm. Cara menghasilkannya pun mudah iaitu tiub getah dipotong dengan ukuran lebar 7cm hingga 10cm dan seterusnya digabungkan papan kayu dengan paku payung serta pemegang paip pvc hitam dimasukkan dalam tiub tersebut sebagai pemegang semasa mebuat latihan . Resistance Band With Board dicipta bagi memudahkan atlet sukan mahupun pelajar biasa membuat latihan sukan olahraga bagi menguatkan otot dan ketahanan fizikal dalam mencipta kejayaan dalam sukan. Kami terdetik untuk membuat inovasi ini bagi menampung kekurangan elastic band untuk latihan olaraga disekolah terutamanya bagi kawasan luar bandar yang memerlukan kos yang tinggi. Produk ini mudah untuk dipasarkan dan boleh dijual dengan harga mampu milik. Akhir sekali, kelebihan produk kami ini ialah dihasilkan dari barang kitar semula, tiada kos jika dibandingkan dengan harga pasaran RM30 hingga RM100, bersifat reduce, reuse & recycle, ke arah go-green, menggalakkan minat untuk pelajar bersukan dan berinovasi.