YS412: BLINK BLINK KRAF SOLAR

CHOK JIA JUN SMK RAJA JUMAAT

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 66 times | LS: 66.0
Like it? | Support them now!

Blink Blink Kraf Solar merupakan suatu alat inovasi adaptasi dari produk kraftangan hiasan gabungan lampu lip lap seperti yang sedia ada di pasaran. Produk Inovasi ini dicipta oleh kumpulan kami kerana produk dipasaran lebih mahal dan bebanan penggunaan yang tinggi semasa musim perayaan. Tujuan utama inovasi ini ialah untuk mencipta produk kraf yang lampu bersolar menggantikan tenaga elektrik selaras dengan prinsip United Nation untuk “Go Green”. Kos inovasi ini ialah RM20. Antara barang yang digunakan dalam menghasilkan produk ciptaan kami ini ialah tisu, 60 batang kayu aiskrrim, benang bulu, bunga benang bulu, 1 set lampu solar lip lap, batang lem panas 2, 1 bungkus pita warna pink, dan gam cair panas. Cara penghasilannya ialah dengan menggabungkan 60 batang kayu asikrim buatkan satu bentuk sfera semi bulatan dan dihias dengan bunga-bunga benang, bunga-bunga dari kertas tisu dan lampu solar lip lap. Di bahagian luarnya setiap batang asikrim ditulis Kata kunci pdpc ekonomi supaya dapat membantu untuk mengingat utk Pembelajaran dan persediaan Peperiksaan SPM. Produk ini juga boleh dipasarkan menerusi DIY HOUSE DECORATION SOLAR LIGHT CRAFT dipasaran jika diusahakan melalui satu organisasi formal. Antara kelebihan produk ini ialah mesra alam, berkos rendah, unik dan kreatif, mudah dihasilkan, mudah dibawa kemana-mana dan selamat digunakan oleh semua umur penggunav serta menggalakkan pelajar untuk berinovasi dalam melestarikan alam.