JS40: MYO FRIDGE MAGNET

FARHA AMANI BINTI MOHD FAIZUL SEKOLAH KEBANGSAAN TERIANG

VIC24 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 31 Views | 119 times | LS: 119.0
Like it? | Support them now!

MYO Fridge Magnet adalah singkatan bagi Make Your Own Fridge Magnet. Fridge Magnet merupakan salah satu objek perhiasan yang dilampirkan bersama magnet. Biasanya ia mempunyai pelbagai bentuk serta corak yang diletakkan pada peti sejuk. Magnet peti sejuk ini diletakkan sebagai hiasan berbentuk peringatan atau senarai membeli belah. Ia juga mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. MYO Fridge Magnet adalah satu kit lengkap bagi penghasilan magnet peti sejuk. Produk ini berbeza dengan kit sedia ada di pasaran kerana ianya dilengkapi dengan nota pesanan yang mesra pengguna dan menerapkan konsep amalan hijau. Selain itu, produk ini juga membolehkan para pelajar, orang awam atau sesiapa sahaja yang menggunakannya dapat meningkatkan kemahiran meneroka, mereka bentuk dan menghasilkan produk yang boleh menyelesaikan masalah. Antara masalah yang dihadapi sebelum penghasilan produk ini adalah nota pesanan yang tidak tersusun pada permukaan pintu peti sejuk, menggunakan kertas yang banyak setiap kali nota ditulis, keliru dengan pesanan yang ditampal dan tidak kemas. Selepas penggunaan MYO Fridge Magnet ini, nota yang lebih tersusun, kemas dan lebih mudah difahami. Selain dapat menyelesaikan masalah tersebut, dengan adanya MYO Fridge Magnet ini ianya juga dapat meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis seiring dengan pembelajaran abad ke-21 dimana para pelajar dikehendaki lebih kreatif, inovatif dan boleh menyelesaikan masalah yang timbul.