TS. SABRI BIN AHMAD HISHAM Fakulti Informatik Dan Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin - UniSZA
Pada masa kini,pelbagai sijil telah dihasilkan oleh institusi sama ada berbentuk akademik,kursus, latihan dan sebagainya.Sijil adalah satu bukti kepada peserta yang mereka telah menghadiri sesuatu program dengan jayanya.Kebanyakan sijil dihasilkan dari sistem aplikasi berpusat dan perisian percuma yang disediakan oleh beberapa penyedia perkhidmatan.Terdapat kelemahan pada sijil yang dihasilkan kerana tiada elemen keselamatan.Jika dilihat pada perkembangan terkini terdapat sijil dimiliki oleh masyarakat adalah merupakan sijil palsu. Senario ini mendatangkan masalah kepada entiti seperti majikan yang menggunakan sijil sebagai keperluan untuk pemilihan pekerja. Validasi sijil secara manual memerlukan tempoh masa yang lama dan sumber manusia yang ramai. Justeru, salah satu kaedah yang berkesan adalah menggunakan teknologi yang memberi jaminan pada aspek aspek keselamatan maklumat.Teknologi tersebut adalah Blockchain yang menyimpan data di dalam bentuk blok-blok,kebal dari pengubahsuaian data, kebolepercayaan yang tinggi dan lebih selamat dari sistem konvensional. Oleh yang demikian, idea inovasi adalah pembangunan aplikasi SahSijil menggunakan teknologi blokchain. Aplikasi ini mengeluarkan sijil berdasarkan pendaftaran maklumat sijil di dalam Blockchain. Melalui mekanisma kriptografi, proses hashing menggunakan keccak256 menghasilkan ID Sijil yang unik untuk digunakan sebagai pengenalan unik kepada proses verifikasi sijil. Versi aplikasi mobil untuk tujuan verifikasi sijil juga disediakan untuk melakukan proses verifikasi sijil bagi mengesan ketulenan sijil.