YS357: ONE STOP CENTER QR CODE EKONOMI

NIVEETHA A/P MURUGAM SMK RAJA JUMAAT

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 73 times | LS: 73.0
Like it? | Support them now!

Inovasi One Stop Center Qr Code Ekonomi merupakan pembelajaran subjek ekonomi dengan menggunakan QR CODE dalam kelas mahupun dirumah. Inovasi ini berasaskan nota, video penerangan youtube, mengikut bab dari guru-guru pakar ekonomi latihan mengikut bab, soalan esei SPM, soalan-soalan percubaan SPM 2021-2023 dan soalan sebenar Ekonomi SPM (2018-2022) bagi pembelajaran subjek ekonomi SPM bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Tujuan inovasi ini ialah untuk membantu pelajar-pelajar mengumpul bahan pdpc ekonomi terkini dengan mudah, merancang pembelajaran kendiri, memudahkan pelajar dan guru akses pada bila-bila masa dan yang paling penting adalah untuk memperoleh bahan pembelajaran terkini tanpa kos. Penggunaan kertas yang banyak dan kos perbelanjaan yang tinggi terhadap buku-buku pdpc ekonomi dan buku soalan SPM sebenar serta kos menghadiri bengkel Teknik menjawab ekonomi yang tinggi menyebabkan kumpulan kami mencipta inovasi ini supaya inovasi ini yang mesra alam dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan pendidikan anak-anak yang ditanggung oleh isirumah dalam ekonomi. Peralatan yang digunakan dalam menghasilkan inovasi One Stop Center Qr Code Ekonomi ialah QR code generator google, bahan-bahan pdpc ekonomi, buku teks ekonomi, buku rujukan ekonomi, latihan ekonomi, soalan-soalan percubaan SPM, buku soalan sebenar SPM 2018-2022, printer, dan app scanner. Cara Penghasilannya mudah iaitu kumpulan kami menggunakan perisian mngimbas bahan ekonomi yang terpilih mengikut bab, latiihan, video Teknik menjawab SPM dari Youtube, dan soalan sebenar objektif SPM 2018-2022 dan ditukarkan dalam bentuk Quiz Google Form, seterusnya semua bahan berkenaan disimpan dalam Google Drive dan kemudiannya setiap bahan berkenaan akan dihasilkan QR Kod. Justeru, QR code yang dihasilkan akan disusun atur mengikut turutan. Manfaat inovasi ialah meningkatkan menggalakan sikap pembelajaran kendiri, menjadi alat bantu mengajar, mesra alam, percuma untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Awam (SPM).