YS356: NATURAL COCONUT COIR BROOM

YAASHVINRAJ A/L PARAMESWARAN SMK RAJA JUMAAT

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 16 Views | 79 times | LS: 79.0
Like it? | Support them now!

Natural Coconut COIR Broom merupakan suatu alat inovasi adaptasi dari penyapu moden seperti yang sedia ada di pasaran. Kos belian Penyapu di pasaran semakin meningkat dan meninggikan perbelanjaan penggunaan masyarakat, Oleh yang demikian, tercetusnya idea ini bagi mencipta penyapu bulu kelapa asli diperbuat daripada gentian sabut kelapa. Tujuan inovasi ini ialah untuk menghasilkan penyapu sabut kelapa yang semula jadi yang tiada kos. Penyapu ini terkenal tahan lasak, mesra alam dan berkesan menyapu kotoran dan serpihan serta membersihka sesawang. Tiada kos bagi penghasilan penyapu bulu kelapa asli dan asasnya dengan bahan semula jadi dan bahan kitar semula. Antara barang yang digunakan dalam menghasilkan produk ini ialah sabut kelapa, batang besi penyapu yang terpakai, tali raffia, tukul getah kayu penghadang nipis panjangnya bersaiz 15 cm, pita pelekat dan pengikat kabel. Proses penghasilannya adalah seperti berikut, sabut kelapa perlu direndam selama 3 hari, selepas itu, sabut berkenaan perlu diketuk dan diratakan permukaannya dengan tukul getah. Kemudian, ianya perlu dijemur sehingga kering. Seterusnya, sabut tersebut diikat dengan batang besi penyapu terpakai pengikat kabel. Bagi mengukuhkan lagi ikatan, kedua-dua bahagian atas dan di bawah penyapu berkenaan dikat dengan kayu penghadang nipis yang berukuran 15cm dengan tali raffia. Justeru, siaplah Natural Coconut COIR Broom. Akhirnya penyapu bulu kelapa asli diperbuat daripada gentian sabut kelapa diuji serta ianya berfungsi dengan baik dalam membersihkan kotoran dan serpihan. Tuntasnya, kelebihan Natural Coconut COIR Broom kami ini ialah bersifat semula jadi dan mengandungi barang kitar semula, tiada kos, menggalakkan pelajar berinovasi dengan barangan semula jadi dan kitar semula dalam menjaga alam sekitar.