PR344: KIT PAU-MBK

NORAZLIN MOHD RUSDIN Universiti Pendidikan Sultan Idris

VIC24 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 94 times | LS: 94.0
Like it? | Support them now!

Kit PAu-MBK merupakan kit pembelajaran autentik yang dibangunkan bagi kegunaan murid sekolah rendah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kit ini berpotensi meningkatkan keupayaan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran membundar nombor dalam mata pelajaran matematik. Kit ini memuatkan pelbagai bahan aktiviti pembelajaran yang menarik seperti teknik bundar autentik, permainan digital aplikasi RoNAT, papan permainan PAu-MBK dan set video animasi. Kit ini mengetengahkan ciri-ciri inklusif bagi membolehkan murid berkeperluan khas mengikut aktiviti pembelajaran dengan lebih mudah. Kajian penilaian kesahan oleh sembilan orang pakar yang dilantik menunjukkan Kit PAu-MBK mencatatkan nilai kesahan muka dan kesahan kandungan yang tinggi. Kesimpulannya, Kit PAu-MBK berkualiti tinggi dan sesuai digunakan oleh murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Malaysia. Oleh itu, pengkomersilan kit inovasi ini akan dilakukan dalam masa terdekat dengan penglibatan bersama pihak berkepakaran.