PR32: DesYoMin (Gyomi)

NOR ARLINA BT AWANG SMK BELIMBING TANAH MERAH KELANTAN

VIC24 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 44 Views | 131 times | LS: 131.0
Like it? | Support them now!

Nama inovasi “DesYoMIn” adalah singkatan daripada perkataan “Describe Your Own Memorised Informations” yang telah digunakan oleh murid tingkatan empat dan lima sebagai bahan panduan untuk memahami dan menghurai fakta seperti faktor, kepentingan, kesan dan langkah terhadap aktiviti ekonomi yang terdapat dalam sukatan pelajaran tingkatan empat dan lima. Inovasi “DesYoMIn” berasal daripada singkatan perkataan iaitu “Describe Your Memorize Informations”. Pada peringkat awal inovasi “DesYoMIn” diadaptasi daripada nota “Gyomi” yang telah diguna pakai oleh murid tingkatan 4 dan 5 dalam PdP seharian. Nota ‘Gyomi’ digunakan untuk membimbing murid memahami fakta, huraian dan contoh yang perlu diperlengkapkan oleh murid semasa mempelajari sesuatu bab atau tajuk. “Gyomi’ bermaksud ‘Gain Your Memorize Informations for Geography’. Walau bagaimanapun tajuk inovasi ini telah ditambahbaik lagi pada tahun 2018 selepas Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran geografi tingkatan 4 dan 5 diperkenalkan pada tahun 2021. Penambahbaik tajuk ini daripada “Gain” kepada “Describe” adalah sejajar dengan Kementerian Pendidikan mendefinisikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, Kemahiran, nilai dan membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Oleh itu inovasi “DesYoMIn” dicipta bertujuan untuk meningkatkan proses PdP bagi mata pelajaran geografi secara berterusan terhadap murid tingkatan empat dan lima. Selain itu inovasi “DesYoMIn” dapat membantu dan membimbing murid dalam proses pembelajaran untuk mengingat, memahami dan menghuraikan fakta (point) utama sambil bermain dan berhibur.