ST286: MOTORCYCLIST FATIGUE ALARM DEVICE: USING ARDUINO NANO AND INFRARED SENSORS TO ENHANCE RIDER SAFETY

MUHAMAD HAMKA AFZAWI BIN AHMAD KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh penunggang yang letih dan terlelap semasa menunggang merupakan satu isu serius yang perlu diselesaikan. Projek ini, yang dikenali sebagai Motorcyclist Fatigue Alarm Device, bertujuan untuk mengurangkan kejadian ini dengan menggunakan teknologi untuk mengesan tanda-tanda penunggang yang mengantuk. Kajian literatur menunjukkan bahawa kemalangan yang disebabkan oleh keletihan penunggang motosikal merupakan masalah global yang serius. Beberapa kajian terdahulu telah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada keletihan penunggang, termasuk jarak perjalanan yang panjang, kurangnya rehat, dan faktor-faktor persekitaran seperti suhu yang tinggi. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan teknologi seperti sensor biometrik dan sistem pengesanan mata boleh membantu mengurangkan kejadian keletihan penunggang. Projek ini menggunakan sistem Arduino Nano yang dipasangkan dengan sensor inframerah untuk mengesan kedipan mata yang tertutup selama 1.5 saat. Apabila sensor mengesan kedipan mata dalam jangka masa yang ditetapkan, ia menghantar isyarat ke buzzer yang akan mengeluarkan bunyi kuat untuk membangunkan penunggang. Dengan demikian, projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penunggang yang letih dan terlelap semasa menunggang, dengan harapan dapat mengurangkan kemalangan di jalan raya yang disebabkan oleh keadaan ini.