YS250: FLOOD LIFE JACKET (FLJ)

NABILAH BINTI MOHD SHUKOR SMK BATU SAPI, SANDAKAN

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0167 | 1 Likes | 60 Views | 82 times | LS: 83.0
Like it? | Support them now!

Flood Life Jacket (FLJ) ialah sebuah inovasi jaket keselamatan bagi manga banjir. Bersesuaian dengan matlamat SDG 11: "Sustainable Cities And Communities", yang mempunyai matlamat mementingkan kesejahteraan dan keselamatan manusia sejagat. Prototaip inovasi ini berfungsi untuk memudahkan pencarian mangsa banjir apabila banjir berlaku. FLJ ini boleh di simpan di kediaman masing-masing yang setiap kali menghadapi bencana banjir di kawasan tertentu. Oleh itu, inovasi ini mampu membantu pasukan penyelamat mencari mangsa banjir dengan cepat agar dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa semasa banjir. Majoriti mangsa banjir hilang akibat air banjir yang deras yang menyebabkan mangsa hayut dibawa arus. Bencana banjir menyebabkan peningkatan bilangan penduduk yang terjejas dan maut. Mangsa banjir sukar ditemui di kawasan pedalaman Sabah. Kaedah pembinaan inovasi FLJ ini, kami menggunakan bahan yang mudah didapati seperti safety jacket, styrofoam, dan set Arduino Uno. Kaedah pembuatan dan pengisian fungsi dalam arduino juga dengan menggunakan coding mudah iaitu block-coding. Kepentingan inovasi FLJ ini mama mengurangkan risiko kehilangan nyawa kerana fungsi-fungsi yang ada dalam FLJ ini yang memuatkan buzzer yang akan berbunyi kuat jika paras air melimpasi tahap yang di ditetapkan. Hal ini dapat memberi amaran apabila air sudah mencapai paras pinggang. Selain itu, lampu LED juga berfungsi dan menyala jika air sudah mencapai paras yang ditetapkan sebagai amaran. Oleh itu, buzzer dan LED dalam Life Jacket ini memudahkan pihak penyelamat mengesan kedudukan mangsa walaupun dalam keadaan yang gelap. Kebaikan yang ada dalam inovasi FLJ ini juga, ia mempunyai skrin LCD yang dilekatkan dalam Life Jacket ini yang akan memaparkan lampu dan tulisan “HELP” untuk membantu pihak berkuasa mengesan mangsa banjir. Oleh itu, kami mencadangkan penduduk di sandakan untuk menggunakan produk ini. Produk ini bukan sahaja mudah dihasilkan, bahan-bahan yg diperlukan juga mudah di dapati.