YS201: VAKUM MINI KITAR SEMULA

ROSHAN A/L KOVILAN SMK RAJA JUMAAT

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0323 | 1 Likes | 31 Views | 98 times | LS: 99.0
Like it? | Support them now!

Vakum mini kitar semula merupakan suatu alat inovasi adaptasi dari portable vacuum cleaner seperti yang sedia ada di pasaran. Tujuan inovasi ini ialah untuk menghasilkan Vakum mini kitar semula dengan kos terendah dan asasnya dengan bahan kitar semula. Selain itu, Vakum mini kitar semula ini dicipta bagi membersihkan papan kekunci desktop, kereta, sofa, katil dan sebagainya. Penghasilan Vakum mini kitar semula oleh kumpulan kami melibatkan kos sebanyak RM5. Antara barang yang digunakan dalam menghasilkan produk ini ialah sebuah botol 1.5 terpakai, kipas komputer 8cm, bateri 9v, pemegang logam, beberapa wayar, hos pam manual akuarium, suis kecil, cat semburan warna(jika perlu), jaring penahan haba kereta, pita pelekat, pistol gam panas, gunting, pisau, gerudi tanpa wayar dan foil logam. Proses penghasilannya adalah seperti berikut, pada mulanya, botol di potong kepada dua bahagian, kemudian bilah kipas dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Seterusnya botol tersebut ditebuk lubang pada bahagian bawah botol dengan menggunakan gerudi. Selepas itu, botol perlu dikikis supaya lebih kemas. Selepas itu kipas dimasukkan dalam bahagian bawah botol menggunakan pistol pelekat gam panas dan melekatkan wayar di tepi botol dengan pengikat kabel dan manakala jaring pula diukur dan dipotong mengikut bentuk bulatan sfera kecil dan digamkan jaring tersebut pada pengikat kabel. Setelah selesai itu, masukkan jaring tersebut bahagian atas dalam botol dan lekatkannya menggunakan pistol gam pemanas. Setelah itu, wayar bateri disambungkan pada mesin kipas dengan logam kecil. Seterusnya, keluarkan suis daripada bekas bateri yang rosak dah lekatkannya pada wayar cantumkan wayar kipas. Akhirnya untuk Vakum mini kitar semula ini telahpun siap dan diuji serta ianya berfungsi dengan baik. Tuntasnya, kelebihan Vakum mini kitar semula kami ini ialah bersifat kitar berkos rendah, menggalakkan pelajar berinovasi dengan barangan kitar semula dalam menjaga alam sekitar.