ST192: MyCloud

MUHAMMAD FARIS IRFAN BIN DZULKIFLI KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI

Projek media penyimpanan atas talian yang diberi nama MyCloud di Makmal 1 ISK Kolej Vokasional Seberang Perai bagi pembelajaran dan juga memenuhi keperluan Projek Tahun Akhir, Diploma Teknologi Maklumat Kolej Vokasional Malaysia. Tujuan projek ini adalah untuk membantu pensyarah menyimpan, berkongsi dan melindungi data dengan selamat. Aplikasi Ubuntu dan platform Nextcloud yang digunakan dalam projek ini boleh mengurangkan kos pembinaan dan membolehkan pengurus mengawal sepenuhnya sistem. Mereka juga boleh dengan mudah dan kos efektif menambah jumlah storan jika diperlukan. Terbukti berkesan dalam memudahkan pengurusan, penyimpanan dan penyebaran data untuk pensyarah kerana mereka boleh menyelesaikan tugasan yang ingin dilakukan dalam satu platform pada bila-bila masa sahaja.