YS19: AI PEAR PRO

AQMA AQILAH BT MOHD NAJIB SMA REPAH

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0299 | 2 Likes | 67 Views | 85 times | LS: 87.1
Like it? | Support them now!

KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI AI-PEAR PRO DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN PENGUASAAN MURID TERHADAP TOPIK PELAN DAN DONGAKAN DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN LIMA, SMA REPAH, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN AZMIE BIN AHMAD SMA REPAH, KM 4, JALAN TAMPIN-GEMAS, 73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN [email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh para guru dan murid dalam menjalani proses PdPC bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga iaitu bagi topik Pelan dan Dongakan. Murid yang berada di Tingkatan Lima iaitu calon SPM juga didapati menghadapi masalah yang sama iaitu kesukaran mendapatkan ilham imaginasi untuk melukis pelan dan dongakan bagi suatu objek yang berbentuk 3 Dimensi. Suatu inovasi bertemakan IR 4.0 telah dibangunkan dengan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dengan harapan semoga teknik digital ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh responden. Pada mulanya guru mengajar topik ini menggunakan kaedah biasa iaitu kaedah demonstrasi secara langsung kepada murid. Selepas itu, murid membuat perbincangan dan latihan bersama rakan di dalam kumpulan dengan dipantau oleh guru. Beberapa soalan turut diberikan oleh guru kepada murid sebelum menamatkan sesi PdPC bagi mendapatkan data awal kajian ini. Pada sesi berikutnya, guru mengajar topik yang sama sekali lagi. Kali ini menggunakan inovasi AI PEAR PRO. Selepas beberapa sesi amali dijalankan, murid diberikan beberapa soalan yang sama seperti yang sebelumnya. Perbandingan penguasaan kemahiran pelajar sebelum dan selepas penggunaan inovasi AI PEAR PRO menunjukkan perbezaan yang amat ketara. 100 % daripada murid yang diuji telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi markah yang diperolehi. Kaedah ini juga dilihat berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan disamping guru-guru juga dapat mengajar dengan dibantu alat bantuan mengajar yang efektif dan releven dengan perkembangan teknologi terkini. Kata Kunci : AI PEAR PRO