YS187: COL0URFUL SCRATCH ART

MUHAMMAD ADAM IKMAL B ABDULLAH SMK SRI TANJUNG

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 27 Views | 117 times | LS: 117.0
Like it? | Support them now!

Masalah pembelajaran yang sering dihadapi oleh murid-murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) termasuklah kesukaran dalam mengekalkan perhatian dan konsentrasi dalam kelas, pada tahap yang sesuai untuk umur mental mereka, Oleh itu amat penting untuk diingat bahawa setiap murid berkeperluan pendidikan khas adalah unik, dan keperluan mereka akan berbeza-beza. Pendekatan pembelajaran dan sokongan perlu disesuaikan dengan keperluan individu mereka untuk membantu mencapai potensi yang maksimum. Salah satu inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran subjek Pendidikan Seni Visual yang sesuai untuk MBPK ialah aktiviti seni gores. Ianya juga boleh digunakan dalam aktiviti terapi seni. Inovasi ini telah didaftarkan dengan MyIPO dengan nombor pemberitahuan CRAR2023J04124 di bawah kategori karya seni. Ianya telah diubahsuai terutama dalam usaha untuk mempelbagaikan penggunaan template bergambar yang bersesuaian dengan kemampuan murid.