YS171: CEMENT POT ART

MUHAMMAD AFIF AQWA BIN WAGI SMK SRI TANJUNG

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 27 Views | 125 times | LS: 125.0
Like it? | Support them now!

Pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan oleh bahan buangan yang tidak diurus dengan sempurna. Oleh itu antara salah satu aktiviti yang boleh dilaksana untuk mengurangkan bahan buangan ialah dengan mengujudkan projek kitar semula dikalangan masyarakat termasuklah di sekolah-sekolah. Kitar semula adalah merupakan proses mengolah semula bahan buangan menjadi satu produk yang baharu. Kitar semula menggunakan bahan buangan iaitu bahan yang tidak digunakan dan akan dibuang seperti surat khabar, botol plastik, tin minuman, botol kaca dan sebagainya. Selain itu amalan 3R (reuse, reduce, recycle) mampu mengurangkan bahan buangan. Berdasarkan pernyataan di atas, kami warga PPKI SMK Sri Tanjung menjadikan projek kitar semula dan mengamalkan amalan 3R secara ‘hands on’. Projek ini adalah inovasi kami dalam mempelbagaikan amalan 3R, disamping boleh dijadikan bahan inovasi penghasilan produk murid berkeperluan khas (MBPK) kerana ianya mudah dilaksanakan, ringkas serta kos yang murah. Projek ini juga boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidkan Seni, subjek Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar dan juga subjek Asas Tanaman. Diharapkan inovasi ini dapat digunakan khususnya oleh guru-guru dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk MBPK. Permohonan myIPO telah dibuat dengan nombor pendaftaran LY2024W00953.