YS166: SPONGE BLOCKER

ALIFF IRFAN BIN MOHAMAD SUHARDI SMAP BENTONG

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | Likes | 75 Views | 114 times | LS: 114.0
Like it? | Support them now!

Pada era globalisasi ini , pelajar sekolah tidak kira sekolah rendah , sekolah menengah mahupun pelajar di peringkat universiti sering mengalami sakit kaki seperti cagu akibat terlanggar bucu yang tajam . Jadi , penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan adanya SPONGE BLOCKER . SPONGE BLOCKER ini merupakan satu inovasi yang direka bagi menyelesaikan masalah bucu yang tajam tadi . Rekaan ini mampu meningkatkan masa hentaman ketika perlanggaran kaki ataupun anggota badan yang lain dengan bucu yang tajam justeru mengurangkan daya impuls yang bertindak kepada kaki seseorang . Jadi , seseorang itu tidak berasa sakit atau dapat mengurangkan kesakitan seseorang itu apabila terlanggar bucu yang tajam tadi . Oleh itu , kita dapat mengurangkan kes pelajar yang mengalami kesakitan terutamanya di bahagian kaki berpunca daripada perlanggaran kaki dengan bucu yang tajam . Bukan itu sahaja , SPONGE BLOCKER ini juga merupakan rekaan yang mesra alam . Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada bahan guna semula seperti sponge dan tali . Bahan-bahan ini juga murah dan mudah didapati . Jadi , rekaan SPONGE BLOCKER ini satu rekaan yang sangat membantu sekolah dengan penggunaan kos modal yang sangat rendah serta mempunyai fungsi yang berkesan . Rekaan ini bukan sahaja dapat mengelakkan seseorang itu daripada tercedera malah dapat mengurangkan kerosakan pada bucu tajam seperti hujung dinding dan hujung meja . Hal ini kerana perlanggaran yang berlaku pada bucu-bucu ini menerima satu daya hentaman yang dapat mengakis ataupun menumpulkan bahagian depan bucu justeru mengakibatkan kerosakan pada bucu tersebut . Sepertimana yang kita ketahui kos bagi membaiki infrastruktur yang rosak seperti dinding menelan modal yang agak tinggi yang mana kos itu tadi dipertanggungjawabkan bagi pihak kerajaan untuk membaikinya . Bukan itu sahaja , dengan rekaan ini juga dapat mengelakkan kerosakan pada bahan-bahan yang besar ketika melalui jalan yang kecil dan terlanggar bucu yang tajam tadi .