YS161: Rujuk Maksud

MUHAMMAD HAZIQ BIN SAIFUL ADLI SMAP BENTONG

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0556 | 2 Likes | 36 Views | 110 times | LS: 112.1
Like it? | Support them now!

Murid didapati sukar mencari maksud bagi sesuatu perkataan di dalam suatu subjek mata murid terutamanya yang berkaitan dengan ilmu sains. Hal in menyebabkan murid sering kehilangan markah pada soalan yang bertanyakan tentang maksud bagi subjek kimia, misalnya. Kerugian markah ini mungkin menjadi punca murid tidak mendapat gred A+ dalam peperiksaan. Oleh itu, kami ada menyediakan cara untuk memudahkan murid-murid menghafal dan merujuk maksud-maksud yang terdapat di dalam buku teks. Dengan menggunakan beberapa helai kertas dan dua "ring" untuk mencantumkan kesemua kertas sahaja, masalah ini hampir mendapat solusinya. Murid juga dapat menghias produk ini mengikut kreativiti masing-masing. Kos projek ini hanyalah RM10 selain beberapa helai kertas. Demi melancarkan video ini, kami telah menghimpunkan setiap maksud di dalam buku teks subjek Kimia tingkatan 4 ke dalam satu buku baharu yang lebih kecil, senang dibawa dan sesuai digunakan sebagai alat rujukan sebelum memasuki dewan peperiksaan. Kami mendapati produk ini memudahkan proses ulang kaji bagi kebanyakan murid. Hasilnya, murid dapat memantapkan hafalan maksud murid dan memudahkan murid memahami penjelasan guru mahupun penerangan dalam buku rujukan dengan mudah.