JS1420: PROJEK AUR DENGAN TEBING

PUTRA RAYYAN MIFZAL BIN MOHD HAFIZAN SK BANDAR TENGGARA 1

Aur Dengan Tebing mengetengahkan konsep kerjasama antara satu sama lain. Ia sebenarnya adalah sebuah inovasi yang dihasilkan untuk membolehkan orang yang tinggal di kawasan dengan ruang terhad untuk menjalankan penternakan dan penanaman pokok. Projek ini membolehkan ikan dibela sambil dalam masa yang sama pokok ditanam. Konsep serapan digunakan untuk memastikan air dari tempat ikan akan mengalir ke atas pokok. Malah, kualiti air juga agak baik kerana berasal dari tempat ikan. Ia juga memudahkan orang kerana tidak perlu risau tanaman akan layu andai perlu meninggalkan tanaman dalam jangkamasa yang lama.