YS639: FOOD CANCER DETECTOR: Pengesan Bahan Kanser Dalam Makanan Menggunakan Tumbuhan Semulajadi

NIK JAMILAA DAMIA RIZQI BINTI NIK MOHD FAIZA SMK DATO’ AHMAD MAHER

Keselamatan makanan menjadi isu global, khususnya akibat bahan pengawet, pewarna tiruan, dan kanserogen tersembunyi dalam makanan ringan dan minuman. Kaedah pengesanan komersial memerlukan alat mahal dan bahan kimia. Tumbuhan tertentu seperti kunyit, bunga telang, dan roselle mengandungi pigmen dan sebatian bioaktif yang sensitif terhadap bahan berbahaya, menjadikannya sumber semula jadi untuk sensor makanan mesra alam. Objektif: Menghasilkan sensor semula jadi daripada ekstrak tumbuhan untuk mengesan bahan kanserogen dalam makanan. Menyediakan kaedah ujian cepat, murah, dan mesra alam. Menggalakkan kesedaran keselamatan makanan. Methodologi: Ekstrak tumbuhan disediakan daripada kunyit, bunga telang, dan roselle. Kertas sensor dicelup ekstrak dan dikeringkan. Jalur sensor diuji dengan pelbagai makanan: kerepek, minuman, kueh, dan makanan kering. Perubahan warna dicatat untuk menilai kehadiran bahan berbahaya. Keputusan:Jalur sensor menunjukkan perubahan warna jelas apabila makanan mengandungi bahan pengawet atau pewarna tiruan: biru → ungu → merah. Makanan selamat tidak mengubah warna sensor. Sensor berfungsi dalam masa 1–5 minit, mudah dilihat, dan tidak memerlukan peralatan makmal.Kesimpulan: inovasi menyediakan sensor semula jadi yang pantas, mudah diuji, dan mesra alam. Inovasi ini sesuai untuk pendidikan kesedaran keselamatan makanan.

Kata kunci: makan makanan elak kanser