ST544: A H PRO PELLET

NUR AKMA FAKHIRA BINTI MOHD NADZRI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

Azolla Micropylla merupakan sejenis tumbuhan paku pakis yang hidup di permukaan air. Azolla merupakan tumbuhan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi, juga mengandungi kandungan asid amino, vitamin, mineral, kalium, zat besi dan magnesium yang sangat sesuai untuk dijadikan makanan ternakan dalam mempercepatkan tumbesaran ternakan disamping kos yang rendah dalam penghasilannya. Dalam kajian ini, Azolla dikeringkan dalam oven pengering sebelum diadunkan dengan bahan-bahan lain untuk dijadikan A H PRO PELLET untuk digunakan bagi ternakan ikan tilapia. Beberapa analisis telah dijalankan dalam menguji keberkesanan A H PRO PELLET untuk ikan tilapia antaranya menguji kandungan nutrient yang terdapat dalam A H PRO PELLET, mengkaji kadar tumbesaran ikan tilapia dengan membanding ternakan yang diberi makan pallet yang mengandungi Azolla dan tidak mengandungi Azolla. Data berat ternakan diambil selama 18 minggu, dapatan menunjukkan perkembangan yang positif dalam tumbesaran ikan tilapia. Hal ini menunjukkan Azolla merupakan sumber protein yang baik untuk dicampurkan dalam makanan ikan dalam meningkatkan pertumbuhan ikan. Selain itu, kajian mengenai parameter air juga dijalankan antaranya dengan menguji pH air, kandungan Ammonia dan DO air. Dapatan kajian menunjukkan air ternakan yang menggunakan A H PRO PELLET juga mununjukkan kualiti air yang lebih baik berbanding dengan pellet kawalan.