Hafiz Arif Bin Sulaiman Sekolah Kebangsaan Abdullah
Splash Drink adalah aplikasi mudah alih berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang direka untuk membantu kanak-kanak mencapai pengambilan air harian yang disarankan. Menggunakan sistem pakar dengan pendekatan forward chaining, aplikasi ini mengira jumlah air yang diperlukan berdasarkan umur, berat badan, jantina, tahap aktiviti fizikal, dan cuaca. Dengan elemen gamifikasi seperti sistem ganjaran, kanak-kanak diberi motivasi untuk mencapai sasaran harian mereka. Aplikasi ini turut menyediakan pemantauan dan statistik pengambilan air untuk memupuk tabiat sihat. Splash Drink berpotensi menjadi alat pendidikan yang mengubah gaya hidup sihat di kalangan generasi muda.