NURIN IRDINA BINTI AHMAD YUSOF SK BANDAR TENGGARA 1
PROJEK AUR DENGAN TEBING merupakan satu usaha yang dilakukan dalam memberikan peluang kepada orang yang tinggal di kawasan sempit untuk bercucuk tanam dan membela ikan. Inovasi ini dicipta untuk membolehkan ruang dijimatkan apabila kawasan tanaman diletakkan di atas akuarium botol yang dibuat menggunakan bahan guna semula. Ikan di dalam akuarium akan dapat dibela, disamping dapat menanam pokok di atasnya. Inovasi ini juga membolehkan tuan rumah untuk memastikan pokok mereka mendapat air yang mencukupi setiap masa walau ditinggalkan dalam tempoh masa yang lama. Hal ini kerana terdapat tali yang menghubungkan air di akuarium ke atas tanaman. Air akan diserap ke tali menuju ke pokok di atas dengan proses resapan seterusnya memastikan air sentiasa dibekalkan walaupun tidak siram air. Malah, air daripada akuarium juga berkualiti dan membantu memberikan kesegaran dan mineral berkaitan untuk kegunaan pokok.