JS1406: RUMAH MINI TENAGA SOLAR

SUYASSHA SRI RAJ A/P MOHANA RAJ SJKT LADANG GLENEALY

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 22 times | LS: 22.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini membentangkan sau projek inovasi yang yang berfokus kepada pembinaan rumah mini berasaskan tenaga solar sebagai alternatif mesra alam bagi penjanaan elektrik. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBL) dalam kalangan pelajar dan komuniti. Persoalan kajian yang dibangkitkan ialah sejauh mana panel solar mampu menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk keperluan asas rumah mini dan sejauh mana keberkesaan pendekatan ini dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep tenaga solar. Hipotesis kajian ini menyatakan bahawa penggunaan penel solar pada rumah mini mampu menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk menghidupkan komponen elektrik asas dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap aplikasi tenaga hijau. Kesimpulannya, projek ini membuktikan bahawa penggunaan panel solar dalam pembinaan rumah mini bukan sahaja berkesan dai aspek teknikal, tetapi juga berfungsi sebagai alat bantu pengajaran yang inovatif dan berimpak tinggi.