SITI ROSLIDA BINTI MUHAMMAD YUSOF KOLEJ VOKASIONAL BACHOK, KELANTAN, MALAYSIA
i-Wudhu merupakan Alat Bantu Bahan Mengajar (ABBM) yang direka untuk membantu kanak-kanak memahami dan mengamalkan pengambilan wuduk dengan lebih interaktif dan efektif. Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah kesukaran kanak-kanak dalam mengingati langkah pengambilan wuduk serta pembaziran air akibat penggunaan yang tidak terkawal. Sistem ini menggunakan infrared sensor dan ultrasonic sensor untuk mengesan kehadiran tangan dan anggota badan bagi memastikan air hanya mengalir apabila diperlukan. Arduino UNO berfungsi sebagai pengawal utama bagi menyelaraskan operasi sensor, paparan LCD I2C 20x4, serta sistem audio yang memberikan panduan suara.Selain itu, indikator LED dan mod kuiz interaktif diperkenal untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak melalui kaedah yang lebih menyeronokkan. Konsep i-Wudhu adalah berdasarkan konsep reka bentuk. Prototaip i-Wudhu diuji dengan pengujian untuk menilai keberkesanan sistem. i-Wudhu membantu meningkatkan pemahaman kanak-kanak mengenai tatacara wuduk serta mengurangkan pembaziran air. Kesimpulannya, i-Wudhu boleh dijadikan sebagai satu inovasi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam melalui gabungan teknologi seperti sensor, audio, dan elemen interaktif. i-Wudhu berpotensi untuk digunakan sebagai ABBM di sekolah dan pusat Pendidikan Islam kerana ianya membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan.
Keyword : ABBM/ PdPc/ pendidikan awal kanak-kanak/ wuduk/ e-kuiz