MUHAMMAD SYABIL AFIF BIN SABRI SMK SERI NERING
ABSTRAK
Sistem solar pintar ini memperkenalkan inovasi dalam penjanaan tenaga bersih dengan menggunakan panel solar yang mampu bergerak secara automatik mengikut arah cahaya matahari. Projek ini melibatkan penggunaan komponen robotik Lego dan sistem pengkodan untuk membolehkan panel solar mengikuti pergerakan matahari sepanjang hari. Dengan cara ini, kecekapan penghasilan tenaga ditingkatkan kerana panel sentiasa berada pada sudut optimum untuk menyerap cahaya matahari. Panel solar yang statik hanya selaras secara optimum dengan matahari pada masa-masa tertentu dalam sehari, biasanya sekitar tengah hari apabila matahari berada tepat di atas kepala. Sepanjang hari yang lain, sudut antara cahaya matahari dan permukaan panel kurang ideal, menyebabkan kecekapan tenaga berkurangan. Dengan menggabungkan sistem pengesanan, panel solar boleh menyesuaikan kedudukannya secara berterusan untuk menghadap matahari secara langsung, memaksimumkan jumlah tenaga solar yang ditangkap dan ditukar kepada elektrik.Inovasi ini sangat sesuai untuk digunakan di kawasan yang menerima sinaran matahari tinggi, di mana tenaga solar boleh dimanfaatkan dengan lebih maksimum. Projek ini bertujuan untuk menyediakan alternatif yang lebih efisien dan mesra alam bagi penjanaan tenaga di kawasan-kawasan terpencil, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional.