JS1034: SMART SKEPANIZER

NUR QAYSHA NABILA BINTI MOHD SHAHARUDDIN SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

SMART SKePaNIZER adalah produk inovasi kitar semula yang mampu menggalakan budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycling) di kalangan masyarakat bermula dari bangku sekolah lagi. Bermula dengan masalah murid tidak bersedia dengan alat tulis semasa kelas bermula, masalah sampah berterabur di atas lantai, meja yang berselerak tidak tersusun dan juga terlupa menyiapkan kerja sekolah, idea untuk merekabentuk sebuah bekas serbaguna telah lahir. Mempunyai ruangan mudah alih seperti ruang alat tulis, ruang nota dan ruang sampah yang boleh diubah mengikut keperluan murid. Ruang ini juga mudah dibersihkan selepas digunakan. Murid boleh menyusun atur barangan yang ingin mereka gunakan sebelum memulakan kelas dan memasukkannya semula ke dalam bekas pensel sebelum pulang ke rumah. Bekas serbaguna ini efisen dalam memastikan meja murid lebih kemas dan bersih. SMART SKePaNIZER turut dilengkapi dengan jadual waktu dan nota bagi memudahkan murid membuat rujukan. Murid juga boleh melekatkan nota pesanan guru dan kerja rumah yang diberikan. Sebelum pulang ke rumah, murid perlu memasukkan semua nota lekat tersebut ke dalam buku nota mereka dan membersihkan bekas serbaguna ini untuk digunakan semula pada keesokan harinya. Secara tidak langsung, SMART SKePaNIZER ini mendidik murid-murid supaya lebih sistematik dan bertanggungjawab dalam pengurusan kendiri.