YS1208: TRANSIMETRI

NURHUSNA UMAIRAH BINTI MOHD HADZRI SMA MAAHAD AL-AZIZ

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 30 times | LS: 30.0
Like it? | Support them now!

Sasaran 12.5 dalam SDG 12 menyatakan bahawa menjelang 2030, penghasilan sisa dikurangkan dengan ketara melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan guna semula. Dalam konteks kajian ini, inovasi penggunaan bekas telur ‘Transimetri’ merujuk kepada penggunaan bentuk dan sifat kotak sarang telur sebagai alat visual 3D yang membantu meningkatkan kefahaman murid mempelajari tajuk Transformasi Isometri secara lebih konkrit. Transformasi melibatkan pemindahan titik pada suatu satah seperti translasi, pantulan dan putaran. Dengan menggunakan bekas telur sebagai analogi, ketiga-tiga transformasi ini dapat digambarkan dengan lebih mudah serta memberi kefahaman konsep isometri dan menjadikannya lebih relevan dalam kehidupan harian.