NUR SHAZANA BINTI MOHAMAD SHUKUR KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
Produk inovasi Inside Out Burger merupakan konsep burger moden yang direka untuk memenuhi gaya hidup pantas dan praktikal pengguna masa kini. Berbeza daripada burger konvensional, keseluruhan inti seperti patty, keju, gerkin dan sos dibalut sepenuhnya menggunakan doh khas sebelum dibakar sehingga keemasan. Kaedah ini menjadikan burger lebih mudah dimakan tanpa sos meleleh atau mengotorkan tangan, sekali gus meningkatkan pengalaman pengguna secara lebih bersih dan selesa. Selain mengekalkan kelembutan serta rasa juicy pada patty, produk ini turut menawarkan elemen mobiliti on-the-go yang sesuai untuk pelbagai peringkat pengguna. Inovasi ini juga berbeza daripada produk berasaskan kulit popia yang digoreng kerana ia menggunakan teknik pembakaran yang lebih premium dan moden.