MUHAMMAD ROZAIMI BIN MOHD RIZA SK.FELDA AIR TAWAR 1
Pencemaran air sungai berlaku akibat pembuangan minyak masak terpakai dari kantin sekolah dan kawasan perumahan berhampiran Sungai Felda Air Tawar 1. Sisa minyak yang dibuang ke longkang dan sungai menyebabkan air menjadi keruh, berbau busuk serta mengakibatkan longkang tersumbat. Keadaan ini menjejaskan ekosistem akuatik apabila hidupan air mati akibat kekurangan oksigen terlarut dan pencemaran bahan organik.
Bagi mengatasi masalah ini, tercetus inovasi menghasilkan LipoBio Kompos daripada serdak minyak terpakai. Kebiasaannya, minyak terpakai hanya dikumpulkan dan dijual kepada vendor atau diproses menjadi sabun. Namun, inovasi ini memperkenalkan kaedah kitar semula yang lebih lestari dan mesra alam melalui penghasilan baja organik daripada sisa minyak.
Inovasi ini memberi dua manfaat utama. Pertama, minyak terpakai boleh dijual untuk menjana pendapatan sampingan. Kedua, sisa minyak diproses menjadi LipoBio Kompos yang boleh digunakan sebagai baja organik bagi menyuburkan tumbuhan dan meningkatkan kesuburan tanah. Penggunaan baja organik ini juga membantu mengurangkan kos pembelian baja kimia serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Selain itu, inovasi ini menyokong amalan kelestarian alam melalui konsep 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle. Pengurusan sisa yang sistematik dapat membantu memelihara sumber air bersih, melindungi biodiversiti akuatik dan mengekalkan keseimbangan ekosistem. Usaha ini turut meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dan pengurusan sisa secara bertanggungjawab.
Secara keseluruhannya, penghasilan LipoBio Kompos bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran air, malah menyokong Matlamat Pembangunan Mampan SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG 11 (Komuniti Mampan), SDG 14 (Hidupan di Air) dan SDG 15 (Hidupan di Darat). Inovasi hijau ini menjadi langkah proaktif dalam melindungi alam sekitar demi kesejahteraan manusia dan kelestarian bumi.
Secara ringkas, projek ini membuktikan bahawa sisa biodgrasi boleh diolah menjadi produk berguna melalui pendekatan sains dan inovasi. Ia menyumbang ke arah pertanian hijau dan masa depan lestari yang lebih bersih dan sihat.