ST433: OPTIMAL WATER ABSORPTION PROPERTIES OF EFBCF COMPOSITE USING TAGUCHI METHOD L9

ANIQ NOR RAHIMI BIN ABU SEMAN Universiti Kuala Lumpur Malaysian-Spanish Institute

Dalam beberapa tahun ini, pencemaran alam sekitar meningkat disebabkan oleh kegiatan manusia, termasuk industri kelapa sawit dan ayam proses di Malaysia, di mana sisa proses seperti Empty Fruit Bunch (EFB) sawit serta sisa bulu ayam (CF) yang tidak diruskan dengan baik. Pencemaran yang berlaku adalah seperti pencemaran udara, bau dan air. Penyelidikan ini bertujuan menangani isu kritikal pencemaran alam sekitar dengan mencadangkan penyelesaian mesra alam melalui penghasilan komposit menggunakan EFB sawit dan bulu ayam. Dalam penyelidikan ini, kesan penyerapan air ke atas komposit EFBCF dijalankan menggunakan kaedah Taguchi L9. Parameter yang digunakan untuk komposit EFBCF ialah saiz partikel: 1.0mm, 1.6mm, dan 2.0mm; EFB: 19%, 18% dan 17%; dan CF: 1%, 2% dan 3%. Setiap komposisi komposit ditentukan oleh kaedah Taguchi. Ujian penyerapan air dan pembengkakan ketebalan telah dijalankan mengikut piawaian ASTM D570. Keputusan awal daripada ujian penyerapan air dan pembengkakan ketebalan menunjukkan kesan ketara parameter yang optimum pada sifat fizikal komposit, menggunakan kaedah Taguchi L9 dieknal pasti parameter optimum partikel yang bersaiz 1.0mm dan kebawah, 17% EFB dan 2% CF untuk hasil yang optimum. Kajian ini menggariskan sumbangan penyelidikan dalam menyediakan penyelesaian yang mampan kepada pencemaran alam sekitar dengan mengubah sisa pertanian dan haiwan menjadi komposit berasaskan bahan semula jadi yang inovatif. Kajian ini mengesyorkan penggunaan parameter optimum yang dikenal pasti, menekankan potensi bahan dalam pelbagai aplikasi. Penyelidikan berterusan perlu dijalankan untuk meneroka potensi aplikasi yang lebih luas dan seterusnya mengoptimumkan sifat komposit untuk kebaikan alam sekitar.