YS643: DDCrix

AINI SURAYA BINTI NOOR FAIZ SMK SRI MUDA

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0625 | 1 Likes | 16 Views | 67 times | LS: 68.1
Like it? | Support them now!

'DDCrix' terdiri daripada dua patah perkataan iaitu 'DD' dan 'Crix'.'DD' diambil sempena nama permainan Dodj or Daar yang menjadi rujukan dalam inovasi kami. Dodj or Daar berasal dari cerita animasi barat 'The Amazing World of Gumball'. Dodj or Daar ialah permainan 'board game' yang mempunyai kad cabaran dan kad soalan (untuk setiap balingan dadu). Manakala 'Crix' ialah mata wang yang digunakan dalam permainan ini. 'DDCrix' merupakan permainan yang direka khas terutamanya kepada pelajar Grafik Komunikasi Teknikal yang lemah dalam bahagian A bagi Kertas 1 demi membantu mereka untuk skor dalam bahagian tersebut. Selain itu, kami juga menyelitkan berapa fakta menarik bagi menambah ilmu baharu kepada para pemain sekaligus meningkatkan minat mereka dalam subjek Grafik Komunikasi Teknikal.