JS1996: SOUND KIT

CHENTA ADELIA IMAN BIN MUHD RIFASHA RIZAIDI SK BANDAR TENGGARA 1

SOUND KIT merupakan sebuah inovasi yang telah didaftarkan dalam My IPO. Ia merupakan sebuah inovasi untuk membantu murid tahun 4 mempelajari tajuk "Bunyi" dalam subjek Sains. Inovasi ini merupakan sebuah kotak yang di dalamnya terdapat nota dan bahan maujud untuk aktiviti penghasilan bunyi yang disusun secara kreatif. Ia memudahkan proses pembelajaran kerana hanya dengan sebuah sound kit ini sahaja, murid akan dapat menguasai keseluruhan topik "Bunyi" tahun 4.