JS736: Inovasi CeK Taat (Cekap Kata Penguat)

MOHAMMAD ARIFF DANIEL BIN MOHD FIRDAUS SK SUNGAI HAJI MUHAMMAD

Inovasi CeK Taat iaitu Cekap Kata Penguat merupakan sebuah inovasi pendidikan bagi subjek Bahasa Melayu. Inovasi ini boleh digunakan oleh murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah dalam memahami pengunaan kata penguat. Terdapat pelbagai kata penguat namun murid sering keliru dengan penggunaan kata penguat tersebut. Kata penguat digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Maka, inovasi ini memudahkan murid memahami dan mengingat jenis kata penguat hadapan, kata penguat belakang, atau kata penguat bebas melalui tiga elemen inovasi yang diwujudkan iaitu kad imbas, model inovasi, dan aplikasi digital.