YS1592: ADAPTX

MUHAMMAD IQBAL BIN ALI SMPK (V) INDAHPURA

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 11 times | LS: 11.0
Like it? | Support them now!

Projek "Adaptx: Aplikasi Latihan Fleksibel" oleh kumpulan Homeboys merupakan satu inovasi dalam pendidikan yang memfokuskan kepada pembangunan aplikasi pembelajaran digital bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). AdaptX dirancang berdasarkan hasil kajian mini yang mengenal pasti masalah seperti kurangnya motivasi murid, tekanan akibat kaedah pembelajaran berorientasikan guru, serta minat yang rendah terhadap pembelajaran. Projek ini bertujuan memupuk semangat belajar, meningkatkan keyakinan diri, mewujudkan persaingan sihat, dan memantapkan kemahiran komunikasi dalam kalangan MBPK. Aplikasi ini menekankan kepada kemahiran asas yang berkaitan dengan ‘core competency abilities’ yang penting dalam pembentukan keupayaan kerja berpasukan. Keberkesanan AdaptX dibuktikan melalui tinjauan terhadap 9 orang murid, di mana kesemuanya memberikan maklum balas positif. Aplikasi ini juga menampilkan nilai komersial sejajar dengan Pembelajaran Abad ke-21 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adaptx menyokong pembelajaran berasaskan keseronokan (fun learning) serta mampu menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan digital sejajar dengan Teras 1 dan Teras 2 Dasar Pendidikan Digital KPM, iaitu Murid Fasih Digital dan Pendidik Kompeten Digital. Kesimpulannya, AdaptX berpotensi untuk memperkasakan murid secara holistik serta memperluas peluang pendidikan inklusif dalam era digital masa kini.