MUHAMMAD ZAFRI RAYYAN BIN SANNUSI Sekolah Rendah Islam I-Musleh
Di peringkat sekolah, guru dan pihak pentadbir berdepan dengan cabaran besar dalam mengurus data pencapaian murid yang pelbagai – daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), sahsiah, PAJSK hingga ke SEGAK. Kebanyakan data ini direkod secara berasingan, disimpan dalam fail berbeza dan sukar untuk dianalisis secara menyeluruh. Ini menyukarkan guru untuk melihat gambaran holistik pencapaian murid bagi tujuan pemantauan, intervensi dan pelaporan. Justeru, kami telah membangunkan satu Dashboard Holistik Pencapaian Murid yang menggunakan sepenuhnya Google Sheets sebagai platform utama yang dinamakan PRESTIG singkatan bagi Prestasi Murid Holistik Pintar Digital.