MUHAMMAD FAIRUZ HAZIQ BIN MOHD FIRDAHUS SK TAMAN PELANGI INDAH
"OLEOPHIGENT" ialah satu penyelesaian inovatif dan mesra alam untuk pelupusan minyak masak terpakai. Satu tinjauan yang melibatkan 15 orang suri rumah mendedahkan bahawa kaedah pelupusan biasa seperti menuang minyak ke dalam sinki atau tong sampah boleh menyebabkan masalah paip tersumbat, lantai licin, dan pencemaran alam sekitar. Penyelesaian sedia ada seperti pengeras minyak adalah mahal dan kadangkala sukar didapati. Oleh itu, OLEOPHIGENT telah dibangunkan menggunakan hampas kelapa yang mudah didapati, tidak memerlukan kos, dan mempunyai kadar serapan yang tinggi. Digabungkan dengan barangan isi rumah terpakai seperti mangkuk dan botol plastik, produk ini menyokong pengurusan sisa yang lestari, menggalakkan amalan kitar semula, dan menghasilkan hasil sampingan yang berguna seperti baja dan makanan haiwan.