JS907: KAD FORMULA R

NAVINA A/P JAI GANNES SJK(T) TAPAH

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid-murid khususnya dalam menulis perenggan untuk menyatakan pendapat. Masalah utama yang dapat dikenalpasti adalah murid-murid kurang memahami kehendak soalan dan tidak mengaplikasikan unsur KBAT dalam penulisan perenggan pendapat. Jadi, fokus kajian ini adalah untuk melihat implikasi Kad Formula R dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif dalam kalangan murid tahun 6. Justeru itu, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dan dijalankan dalam kalangan 7 orang murid yang belum menguasai tahap minimum (MTM) yang dipilih. Analisis kajian menunjukkan bahawa kesemua sampel kajian dapat menulis perenggan dengan teknik yang betul. Perbezaan yang ketara dalam penulisan mereka jelas menunjukkan keberkesanan Kad Formula R dalam meningkatkan kemahiran menulis perenggan untuk menyatakan pendapat dalam kalangan murid. Oleh itu, murid perlu lebih didedahkan dengan teknik yang sesuai dalam proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam kemahiran menulis perenggan. Secara tuntasnya, kajian ini diharapkan dapat membantu dan memberikan panduan kepada guru sebagai rujukan dan dapat ditambah baik untuk kajian yang dijalankan pada masa akan datang. Kata Kunci : Kad Formula R, menyatakan pendapat, kritis dan kreatif